27 October 2016

BERTUDUNG - NABIL TAK MAHU DESAK ISTERI



Berikutan dipersoalkan oleh ramai netizen mengapa isterinya masih belum bertudung meskipun dia telah bergelar haji, jawab pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, dia tidak mahu terlalu mendesak isterinya.

"Saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Tambah Nabil, kalau sudah namanya manusia, kadang kala semua yang tidak kena di mata, pasti dipersoalkan malah ada juga yang terlalu awal menghakimi orang lain.

"Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira," katanya.



Menurutnya lagi, dia mengharapkan jika isterinya sudah bertudung nanti agar kekal istiqamah.

"Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.

"Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam," jelas pengacara program Meletop dan Gegar Vaganza itu.



Sumber: BHO



         ________________________





No comments: