26 October 2016

TERIMA IJAZAH BAGI PIHAK ARWAH ABANG - TOI RASA SAYU



Komposer, penyanyi dan juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Toi semalam telah menerima segulung ijazah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili abangnya Badrulhisham Bin Baharom yang telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung sekitar bulan Mei lalu.

"Alhamdulillah..I did it for u my late bro. Attended the convocation on your behalf when u already there in peace. #uitm #shahalam #AlFatihah to Arwah Badrulhisham bin Baharom #arwahude #restinpeace," ujar Toi di laman IGnya.





Menurut Toi, arwah abangnya menyambung pengajian di UiTM dan sambil itu masih terus bekerja di Johor.

"Saya sebagai adik wakilkan arwah abang saya untuk menerima ijazah yang dia tak sempat ambil sendiri. Perasaan ketika itu, memang sedih, dah rasa nak menitik air mata.

"Lebih-lebih lagi bila tiba giliran arwah, dipaparkan wajah arwah beserta dengan sedikit maklumat tentang arwah. Suasana ketika itu begitu sugul. Saya tahan sahajalah air mata ini dari menitik," kata Toi.

Ditanya tidakkah dia sendiri mahu sambung belajar dan terima ijazah sendiri pula, jawab Toi buat masa ini dia sedang sibuk dengan kerjayanya dan dalam persiapan untuk mempromosikan single terbaru Hyper Act, Bukan Untukku.


Sumber: Media Hiburan & Toi IG
Foto: Toi IG



         ________________________





No comments: