05 October 2016

ERIN MALEK BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



"Cant wait to see your lil sister soon Faliq. InsyaAllah agar semuanya dipermudahkan, Amin," demikian kata Erin Malek yang mengesahkan bahawa dirinya kini sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinannya dengan Farriz Fauzy.

Pengumuman yang dibuat oleh Erin di laman Instagramnya itu rata-rata mendapat reaksi positif dan turut menerima ucapan tahniah daripada peminatnya.





Ramai juga yang tidak sabar melihat wajah Erin yang kecil molek itu sekali lagi mengandung selain teruja untuk melihat wajah cahaya mata kedua mereka yang didedahkan sebagai bayi perempuan.

Untuk makluman, Erin dan suami sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq yang kini berusia setahun.

Tahniah diucapkan dan semoga segala urusan dipermudahkan olehNya serta diberikan kesihatan yang baik buat Erin.








Sumber: Erin Malek


         ________________________





No comments: