14 October 2016

"TIADA MAJLIS, TIDAK MAHU PENAJA" - HAZAMA



Penyanyi Hazama menjelaskan bahawa perkahwinannya itu tidak ada majlis dan tidak berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti yang lain.

Ini kerana kata Hazama, sekiranya dia ingin berkahwin, dia hanya mahukan upacara akad nikah atau perkara yang wajib sahaja.





Bukan itu sahaja, kata Hazama lagi yang dia tidak mahukan mana-mana penaja yang mahu menaja perkahwinannya kerana dia mahu berehat daripada 'bekerja' di hari bahagianya itu nanti.

"Seperti yang saya mahukan perkahwinan saya tidak ada majlis. Kita buat nikah sahaja, asalkan syariat dahulu, dan saksi semua cukup," jelasnya ketika ditemui media di Majlis Sidang Media Anugerah Industri Muzik (AIM) 22.

"Tidak ada penaja, saya minta begitu kerana hari saya kahwin saya tak mahu bekerja. Kalau ada penaja maksudnya saya bekerja jugalah. Hari itu hari saya. Mungkin ada orang tak bersetuju, tapi saya rasa itu hak saya dan saya minta seperti itulah," ujarnya dipetik sebahgai berkata.



Bagaimanapun, Hazama meminta bantuan pihak media untuk menghebahkan tentang perkara mengenai perkahwinannya kelak. Katanya lagi, perkara ini dibuat kerana untuk mengelakkan fitnah.

"Jemput media ke majlis kahwin saya, Insya-Allah saya tak berani nak cakap apa-apa lagi. Kalau boleh saya nak bantuan media untuk gembar-gemburkan. Tujuan kita buat majlis ini untuk mengelakkan fitnah," katanya.

Hazama turut menyatakan hasratnya untuk menghadiri kursus perkahwinan dan akan berkahwin secepat yang mungkin akan tetapi setelah selesai pembikinan albumnya yang kedua tidak lama lagi.


Sumber: Rotikaya



         ________________________





No comments: