30 November 2016

1 JANUARI 2017- JULIA ZIEGLER AKHIRI ZAMAN SOLO



Pelakon Julia Ziegler memberitahu bahawa beliau akan mengakhiri zaman solonya dengan pilihan hatinya seorang jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Beliau sebelum ini berahsia mengenai tarikh perkahwinannya berkata, majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di kediamannya yang terletak Kampung Baru.





"Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri.

"Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di . Siang nikah malam resepsi. Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki.



"Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya," ujar Julia ketika ditemui media di majlis sidang media drama 'Selamat Malam Tan Sri'.

Ditanya mengenai pendapat bakal suaminya pula, Julia memberitahu, Johan orang yang sempoi seperti dirinya juga.

"Dia okay sahaja dengan apa yang saya rancangkan. Macam mana saya yang orang lihat sempoi begitulah juga dia. Itu yang membuatkan kami serasi," jelasnya yang turut berkata bahawa setakat ini persiapan untuk majlis kahwinnya berjalan dengan lancar.


Sumber: Media Hiburan
Foto: Julia Ziegler IG



         ________________________





No comments: