01 December 2016

DIBENAR KELUAR HOSPITAL - WAN MAIMUNAH HADIRI KENDURI DOA SELAMAT



Berada dalam keadaan stabil dan keadaan kesihatan beransur pulih, pelakon wanita veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz telah dibenarkan pulang petang semalam selepas menerima rawatan di Hospital Jasin, sejak Jumaat lalu.

Ibu tunggal dua anak itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas, dipercayai jangkitan kuman pada paru-paru dan bengkak hati sebaik pulang dari mengerjakan umrah pada 20 November lalu.





Beliau yang mesra dengan panggilan 'ibu' pulang ke rumah anaknya di Ayer Merbau, bagi menghadiri kenduri doa selamat yang diadakan sebelum anaknya berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah, hari ini.

"Nafas saya masih sempit, namun doktor sudah memberi kebenaran untuk pulang ke rumah hari ini. Saya juga gembira untuk meraikan anak yang akan mengerjakan umrah," katanya ketika menerima lawatan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah atau DJ Dave, di sini, hari ini.



Hadir sama, rakan artis, Datuk A Rahman Hassan dan isteri, Datin Fadilah Mansor. Sementara itu, DJ Dave berkata, YA1M sentiasa menziarahi dan membantu rakan artis yang dalam kesusahan.

Dalam lawatan itu, YA1M menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada Wan Maimunah bagi meringankan bebannya.


Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian & mStar



         ________________________





No comments: