27 November 2016

AL-FATIHAH - BAPA ANDING AF2 KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada Anding atas kehilangan bapa tercintanya iaitu Zaini Oze, 65, yang juga Tokoh Sasterawan Sarawak, pada jam 1.39 tengahari semalam. Difahamkan, bapa Anding itu meninggal dunia selepas 10 tahun menderita penyakit Parkinson.

Anding atau nama sebenarnya, Anding Indrawani Zaini, 32, memberitahu bahawa keluarganya terkejut dengan pemergian Allahyarham yang dilihat sihat pada sebelah pagi.





"Saya dimaklumkan ayah meninggal dunia tengahari tadi di rumah. Baru pagi tadi adik memberitahu ayah sihat. Namun, kami sekeluarga menerima ketentuan Allah dengan hati reda," katanya.

Anding berkata, abangnya sedang dalam penerbangan ke Mesir dan belum dimaklumkan mengenai pemergian ayah mereka.

Bintang kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu meminta orang ramai menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah bapanya.

Anding bersyukur sempat menjaga ayahnya sebulan, Oktober lalu.

"Saya jarang mengambil cuti kerana terikat dengan pementasan teater muzikal. Namun, Oktober lalu, saya bercuti tanpa gaji. Saya memanfaatkan tempoh cuti sebulan untuk menjaga ayah.

"Saya berasa sangat bersyukur dapat meluangkan masa bersama ayah. Biarpun tidak berada di sisi ayah ketika nazak, namun rasa ralat itu kurang kerana sempat bersama ayah sebulan," tuturnya.


Sumber: Berita Harian
Foto: Anding IG



         ________________________





No comments: