27 November 2016

VIDEO - BILA KWANG SOO JADI 'HERO' AYDA JEBAT



Setibanya bintang Running Man iaitu Lee Kwang Soo di Paradigm Mall, pusat beli-belah tersebut bergema dengan jeritan peminat. Lebih 5,000 peminat membanjiri Paradigm Mall semalam untuk menemui bintang popular Korea Selatan itu.

Sejak awal pagi lagi, ratusan remaja mula beratur memasuki pusat beli-belah terbabit bagi melihat lebih dekat wajah Zirafah (gelaran Kwang Soo) itu.





Tapi apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila telefon bimbit pelakon Ayda Jebat telah dirampas oleh pengawal ketika sedang mengambil selfie bersama Kwang Soo.

Ketika kejadian, Ayda dikatakan sedang memegang telefon bimbitnya sebelum dirampas secara tiba-tiba dan ia mengejutkan Kwang Soo. Sebaik saja perkara itu berlaku, Kwang Soo terus menyebut perkataan 'gwenchana?' yang bermaksud kamu tidak apa-apa setelah melihat Ayda terdiam.

Pelakon 'Entourage' itu kemudiannya bertindak mengikut pengawal tersebut dan meminta kembali telefon itu sebelum memulangkan kepada Ayda dan mengambil selfie bersama sebagai tanda mohon maaf. Tindakan Kwang Soo itu disambut dengan sorakan dan tepukan daripada ribuan penonton yang hadir.

Selain Ayda, selebriti lain seperti Saharul Ridzwan, Ajak Shiro dan Hairul Azreen juga turut menyaksikan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, kejadian yang berlaku ketika acara 'Running Man Challenge' itu dikongsi oleh seorang peminat menerusi video yang dimuatnaik yang menggunakan nama @leekwangsoomy di akaun Instagram semalam. Video yang dikongsi oleh peminat berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.

Rata-ratanya yang melihatkan video tersebut memberikan komen tidak puas hati terhadap kelakuan pengawal tersebut dan melabelkannya sebagai biadap.




ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



Sumber: Astro Gempak & Berita Harian
Video: @leekwangsoomy


         ________________________





No comments: