27 November 2016

35 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN LUFYA & SUAMI



Pada jam 8.32 malam semalam, pelakon yang sedang popular menerusi drama 'Umairah', Lufya Omar, 31, telah selamat bergelar isteri kepada doktor kacak, Che Muhammad Hafiz Che Baharom dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Sheikh Omar Sheikh Abdullah. Upacara pernikahan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.





Majlis pernikahan yang berlangsung di Laman Cinta Nirwana itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Dalam majlis tersebut, Lufya yang popular dengan drama Umairah di TV3, menerima mas kahwin RM2,000 daripada suaminya. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Barang hantaran pula, pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.



Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, ketika ditemui meluahkan rasa syukurnya apabila majlis pernikahan selesai seperti dirancang.

Ditanya mengenai suaminya, Lufya menyifatkan Che Muhammad Hafiz sangat positif dalam banyak perkara.

"Fasa baharu buat kami sudah bermula. Alhamdulillah, saya nampak kesungguhannya memperisterikan saya.



"Saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki kacak dan lebih utama dia sangat menghormati ahli keluarga dan mempunyai ciri-ciri suami yang baik... Hatinya sangat baik. Dia juga seorang yang bijak, penyayang, 'happy go lucky', penyabar dan romantik," ujar Lufya.

Selepas acara akad nikah selesai, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi pula yang diadakan di lokasi sama.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada Julai lalu.
































































Sumber: Berita Harian& mStar
Foto: faridismproduction & Lufya Omar IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...