26 November 2016

TAHNIAH - SITI SALEHA BERTUNANG DENGAN LUTFI PAGI TADI



"Hari ini hari pertunangan awak Saleha. Maaf kerana tidak dapat hadir menjadi pengapit.

"Saya pasti akan hadir pada majlis besar awak nanti," ujar rakan pelakon Siti Saleha yang dikenali sebagai Serenna Fadzil menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik di Instagramnya beberapa jam lalu.





Malah laporan Kosmo menyebut, Siti Saleha mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya yang dikenali sebagai Lutfi pagi tadi.

Semua itu merupakan fakta yang boleh dipercayai kerana Saleha pernah memuat naik beberapa keping gambar pra-perkahwinan bersama Lutfi sebelum ini.

Meskipun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai majlis pertunangan tersebut memandangkan ia dilangsungkan secara tertutup, namun ramai peminat pelakon '7 Hari Mencintaiku' itu yang telah mengucapkan tahniah di laman IGnya.






Sumber: Kosmo & Saleha IG



         ________________________





No comments: