05 November 2016

AL-FATIHAH - ISTERI JALALUDDIN HASSAN KEMBALI KE RAHMATULLAH




UPDATE:

Takziah diucapkan buat pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercintanya, Datin Hasimah Mad Ihsan.

Ketika dihubungi BH, Datuk Jalaluddin mengesahkan bahawa isterinya itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)





"Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi.

"Jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya.

Berita sedih ini turut dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira atau Sheira di laman Instagramnya.



"Al fatihah isteri kepada abang jalal.. kak shima...yang sentiasa senyum .. penyabar.. ibu mithali. Love ya.. semoga di tempatkan orang-orang beriman.. takziah buat keluarga Dato Jalaluddin Hassan...," tulis Shiera.

Terdahulu sekitar bulan Ogos lalu menerusi BH, Datuk Jalaluddin meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang menderita penyakit paru-paru berair dilihat semakin sihat.

Jalaluddin, bagaimanapun berkata, isteri beliau akan dirujuk ke bahagian pakar jantung di Hospital Serdang pula memandangkan bahagian organ terbabit tidak berfungsi secara baik.

Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan cahaya mata dan 14 cucu.


Sumber & foto: shieraijoy IG & Berita Harian


         ________________________





No comments: