06 November 2016

SHIERA SELAMAT LAHIRKAN ANAK KELIMA



Pada jam 2 petang semalam, pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, 42, telah selamat melahirkan anak kelimanya dan keempat bagi suaminya. Bayi perempuan tersebut dilahirkan dengan berat 3.89kg.

Suami kepada Shiera, Zulkfili Azahari atau Ijoy, 42, berkata yang isterinya itu melahirkan bayi mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta dan kedua-duanya sihat tanpa sebarang komplikasi.





"Shiera dimasukkan ke hospital pada jam 6 pagi tadi. Mengikut perancangan awal, Shiera akan bersalin secara normal. Tetapi apabila Shiera masih belum menunjukkan tanda untuk segera bersalin, doktor memberikan pilihan supaya menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah tiada sebarang kompilasi berlaku, malah mereka sihat dan selamat. Itu yang lebih penting," katanya.



Hasil perkahwinan bersama Ijoy, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7.

Shiera sebelum ini, turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.


Sumber: Berita Harian
Foto: shieraijoy IG & Lynn Al-Khaired IG



         ________________________





No comments: