12 November 2016

AL-FATIHAH - SHAROM KASAWARI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada keluarga bekas pemain bes kumpulan Kasawari, Sharom Fadzillah Radzillah atau lebih dikenali sebagai Shahrom, 54, yang meninggal dunia pada jam 9 pagi semalam akibat kanser paru-paru tahap empat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman abangnya yang terletak di Damansara.





Pengurus Allahyarham, Fauzi ketika dihubungi berkata, arwah yang masih bujang itu menyedari sakitnya itu sejak dua bulan lalu.

"Arwah mengadu selalu letih dan demam. Disebabkan keadaan itu kerap berulang saya dan rakan sekeliling menasihatinya supaya membuat pemeriksaan lanjut.

"Selepas bertemu doktor, dia disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat. Disebabkan sudah terlewat, arwah reda dengan penyakit yang dialaminya.



"Walaupun arwah turut mencuba rawatan alternatif, tahap penyakitnya sudah kritikal. Dia juga tahu ajalnya semakin hampir dan ketika dua bulan menjalani rawatan di hospital, dia minta kebenaran doktor untuk berehat di rumah sehinggalkan menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara.

Terbaru, Allahyarham yang merupakan abang kepada penyanyi Ramziela itu menubuhkan band yang diberi nama Lekir bersama Man Man daripada kumpulan Putra dan bernaung di bawah Universal Music.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: