29 November 2016

ANAK TERLIBAT KEMALANGAN - CIKGU SITI HAJAR MOHON DOA



"Saya mendapat panggilan kira-kira jam 2.30 pagi yang mengatakan anak saya kemalangan. Doktor memaklumkan keadaan dia sangat kritikal kerana mengalami pendarahan di otak dan tekanan darahnya rendah.

"Jadi doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma dan pembedahan pertama memasukkan tiub untuk monitor tekanan otak sudah pun dilakukan tadi..





"Sekiranya keadaan dia stabil, barulah doktor akan menjalani pembedahan kedua keluarkan darah beku," kata guru vokal, Siti Hajar Ismail mengenai anaknya, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Dalam pada itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Siti yang juga ahli Rumah Ngaji ini memohon masyarakat mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH SWT.




Sumber: Sinar Harian
Foto Sinar Harian & Cikgu Siti Hajar FB



         ________________________





No comments: