30 November 2016

RAMPAS TELEFON AYDA JEBAT - INDIVIDU INI TAMPIL JELASKAN



Semua mengetahui mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sehingga hari ini di laman sosial iaitu telefon Ayda kena rampas oleh 'guard' kerana ingin selfie bersama bintang rancangan popular Running Man, Lee Kwang Soo.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang sempat merakamkan insiden tersebut. Video merakamkan detik-detik telefon Ayda dirampas itu telah menjadi viral.





Ayda dan peminat beliau tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan pelbagai komen serta spekulasi berhubung isu berkenaan.

Namun, seorang individu dengan nama 'Abdullah Aziri Pauzi' menerusi akaun Facebooknya telah menjelaskan perkara sebenar mengapa telefon bimbit Ayda dirampas.

Difahamkan, kesemua selebriti yang terlibat didalam acara Running Man Challenge Malaysia, termasuk Ayda Jebat telah dilarang untuk mengambil gambar ataupun selfie bersama Lee Kwang Soo seperti yang termaktub di dalam kontrak yang ditandatangani oleh pihak penganjur iaitu 100 Plus dan Sony. Hanya jurugambar rasmi sahaja yang dibenarkan untuk mengambil foto ataupun video Lee Kwang Soo.



Tindakan Ayda itu boleh mencetuskan masalah besar seperti disaman oleh pihak Lee Kwang Soo kerana melanggar perjanjian di dalam kontrak.

Nampaknya perkara ini sudah dijelaskan. Harapnya selepas ini tiada lagi spekulasi lain yang timbul. Mungkin Ayda Jebat boleh memberikan komen mengenai penjelasan ini.



Sumber: Facebook Abdullah Aziri Pauzi



         ________________________





No comments: