17 November 2016

BAHU TERKEHEL - ISTERI AJAK SHIRO DIRAWAT DI HOSPITAL



Menerusi laman Instagram pelakon dan pelawak Ajak Shiro, isterinya itu telah dimasukkan ke dalam hospital akibat terkehel tulang bahu.

Ajak telah memuatnaik foto isterinya bersama imbasan X-tray bahagian bahu berserta kapsyen berbunyi "Sabar eh sayang… Baba tengok pun dah rasa sakit.. Doakan yang baik2 insyaallah. Afifah Amin.

Selain itu, Ajak juga turut meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kecederaan yang dialami oleh isteri kesayangannya.





"Ibu bukan chef, tapi bila ibu masak Ba makan sedap rasa. Ibu bukan Guru Kaunseling, tapi bila Baba kusut ibu buat Ba tenang dada. Ibu bukan doktor, tapi bila Baba sakit ibu teman sakit tu takde.

"Sekarang ibu sakit, Jadi Ba buat benda yang sama. Harapnya samalah rasa yang Baba rasa tu, kalau sakit jugak maknanya Baba kena keluor la xleh teman... Ba keluar jap eh sayang, kejap lagi naik lagi," luahnya.

Dalam pada itu, melalui IG isterinya, Afifah Amin juga menyatakan rasa terharu dengan tindakan suaminya yang sanggup tidak tidur malam semata-mata ingin memantau keadaannya.



"Tq sayang sebab jaga ibu semalaman.. Nampak baba risau sangat semalam. Sampai pagi baba tak tidur sebab monitor ibu itu ini, ibu sayang baba," tulis isteri Shiro.

Sementara itu, ruangan komen IG kedua pasangan ini dipenuhi dengan komen pengikut IG yang mendoakan kesembuhan isteri pelawak tersebut.

Sehingga kini, Afifah masih dirawat di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara dan sedang menunggu keputusan doktor.




Sumber: Astro Gempak & Ajak Shiro IG
Foto: Ajak Shiro IG & Afifah Amin IG



         ________________________





No comments: