16 November 2016

BANTAH ANAK MENYANYI - A. AIDA ANGGAP SIKAP AMENG KURANG WARAS



Niat penyanyi Ameng yang mahu dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi itu telah dibantah keras oleh bekas isterinya, penerbit drama Datuk A. Aida.

Menurut A Aida, perkara itu dianggap kurang waras kerana dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pendidikan terlebih dahulu.





"Saya terkejut apabila anak sulung memberitahu bapa mereka tak mahu dia melanjutkan pelajaran kerana dengan menyanyi saja boleh menjadi kaya. Bagi saya itu satu sikap yang kurang waras.

"Sepatutnya sebagai bapa dia perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat, bukannya melemahkan semangatnya. Tambahan pula anak saya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," ujarnya dipetik sebagai berkata.

A Aida yang juga penerbit drama 'Hello Mr Perfect' tegas dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan anak-anaknya terbabit dalam bidang seni.



"Saya tahu anak ada bakat dalam bidang nyanyian tetapi saya tetap menghalang, malah mereka pun tak mahu sebenarnya. Mereka lebih suka jika tidak berada dalam bidang ini. Biarlah saya seorang saja yang terbabit dalam bidang hiburan," katanya.

Terdahulu, Ameng merancang menghasilkan album khas yang turut menampilkan tiga anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 20, Wan Azevanatassha, 15, dan Wan Amar Haikal, 9.

Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha ialah anak hasil perkongsian hidup Ameng dengan A Aida dalam perkahwinan pertamanya.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...