25 November 2016

HAZAMA BAKAL KAHWINI GENERVIE DISEMBER DEPAN



"Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan. Diharapkan, dengan pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap-cakap orang mengenai hubungan kami," kata penyanyi Hazama yang bakal mengahwini pasangannya, Genervie Kam pada Disember depan setelah empat tahun menyulam cinta.

Difahamkan Hazama dan Genervie akan menghadiri kursus perkahwinan pada awal bulan depan bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Genervie juga kini dalam proses untuk memeluk agama Islam.





"Alhamdulillah, dia (Genervie) pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya," tuturnya.

Mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana, Hazama memaklumkan bahawa majlis pernikahan mereka akan diadakan di masjid atau pejabat agama sahaja sebelum berkongsi berita itu kepada peminat.

Manakala bagi majlis persandingan pula, Hazama memberitahu yang majlis tersebut akan difikirkan kemudian kerana ia memerlukan persediaan besar selain kos yang tinggi.

"Mungkin saya akan bernikah di masjid atau pejabat agama saja. Lepas nikah, saya akan maklumkan kepada semua orang di laman sosial. Bukan saya tidak mahu menjemput ramai tetamu, cuma saya takut akan menjadi gementar apabila ramai yang datang. Jadi, saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai.



"Orang ramai memang mengharapkan saya mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan beberapa teman lain. Bukannya saya tidak mahu berbuat begitu, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan. Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat," jelasnya.

Sebagai selebriti, pasti peminat ataupun masyarakat akan bercakap serta mencetuskan spekulasi kerana Hazama cuma mengadakan majlis sederhana. Namun, Hazama enggan memikirkan tanggapan orang lain, apa yang penting beliau ingin mendahulukan perkara yang wajib dan pernikahannya itu sah.

"Saya juga tidak kisah orang nak cakap apa sebab ia bukan perkara yang salah. Saya tidak boleh menghalang orang nak cakap apa, namun yang penting pernikahan kami sah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tahniah kami ucapkan kepada Hazama dan Genervie kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.




Sumber: Berita Harian
Foto: Hazama IG & Genervie Kam IG



         ________________________





No comments: