25 November 2016

"TIADA MAJLIS PERTUNANGAN, TERUS NIKAH - RANDY PANGALILA



Pelakon dan penyanyi Indonesia, Randy Pangalila menafikan dakwaan sebelum ini yang megatakan dirinya itu sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Michella Putri.

Dalam masa sama, Randy berkata yang dia merancang ingin terus nikah tanpa mengadakan majlis pertunangan dalam masa dua tahun lagi.

"Belum, saya jelaskan di sini, sewaktu pertanyaan itu muncul pada tahun 2011, pada saat itu saya belum faham bahasa Melayu sepenuhnya. Pada kefahaman saya tunang itu seperti berkawan ataupun sebagai kekasih.





"Namun menurut Elfira yang juga menanyakan hal yang sama, terang Elfira tunang itu adalah ikatan yang bakal ke fasa perkahwinan.

"Saya selama lima tahun ini memang hanya berkasih dan hanya terus akad nikah tanpa ada majlis pertunangan. Saya merancang dalam tempoh dua tahun lagi kerana dia masih berusia 22 tahun, saya pula 26," jelas Randy ketika ditemui media di sidang media telefilem 'Oh My! English Road To Jogja!' yang diadakan di GSC Pavilion, kelmarin.



Randy kalau sebelum ini terkenal dengan karakter yang selalu sahaja membawakan watak drama cinta, namun pembabitan kali pertama menerusi genre baru, Randy berkata ini merupakan satu pengalaman baru.

"Ini merupakan pengalaman yang menarik dan pertama saya, malah watak saya di dalam telefilem ini seorang yang agak misteri dan pelbagai. Jadi cabaran berlakon genre yang kelakar kenapa tidak saya sahut," katanya.






Sumber: Media Hiburan
Foto: Randy Pangalila IG & Michella Putri IG



         ________________________





No comments: