25 November 2016

PESERTA GV3 'TUKAR LAGU' - NASSIER WAHAB RASA TERKEJUT



Semua mengetahui mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu terdapat peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) tukar lagu di dalam pertandingan tersebut. Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi senior yang juga merupakan bekas peserta program GV2, Nassier Wahab.

Nassier menerusi ruangan komen di laman Facebook miliknya telah mengeluarkan pendapatnya berkenaan isu tersebut.





"Sebagai bekas peserta GV2, saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Waktu GV2 kami tidak pernah menolak setiap lagu yang diberi malahan saya diberi 2 kali lagu slow rock 'Kamelia' dan 'Biar Putih Tulang'...," tulisnya.

Komen tersebut mendapat perhatian daripada peminat yang lain dan menyokong komen penyanyi hebat tersebut. Komen Nassier tersebut adalah secara am dan tidak merujuk kepada sesiapa.

Isu ini timbul berikutan dakwaan terdapat peserta yang bertanding tidak mahu menyanyikan lagu yang telah dipilih lalu menukar lagu yang hendak dinyanyikan sahaja.



Adakah dakwaan ini benar? Jika benar...camner tu?

Terdahulu juga hangat diperkatakan apabila lagu-lagu pilihan media yang telah disenaraikan mengikut susunan siapakah artis yang sepatutnya menyanyikan lagu tersebut telah berubah lagunya.

Nampaknya makin panas pentas GV musim ketiga ni ya?


Sumber: Media Hiburan
Foto Nassier Wahab IG & FB



         ________________________





No comments: