24 November 2016

NADYA SYAHERA SAHKAN DIRINYA SUDAH NIKAH



Pelakon yang terkenal menerusi drama 'Dia Semanis Honey' dan 'Abang Bomba I Love You', Nadya Syahera Rosli, 23, memberitahu bahawa dirinya itu telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fizul Nawi, 24, pada 25 September lalu selepas lapan bulan berkenalan.

Menurut Nadya, pernikahan yang diadakan di ibu kota dan hanya bersaksikan keluarga rapat kedua-dua pihak itu dibuat bagi mengelakan sebarang fitnah memandangkan mereka selalu keluar bersama.





"Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

"Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami.

"Hubungan kami sudah halal jadi tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Perkara yang baik elok diuwar-uwarkan agar tidak lagi menjadi bualan ramai apabila melihat kami keluar berdua-duaan," jelasnya.



Nadya sering membawakan watak antagonis, memberitahu yang dia mengenali suaminya itu menerusi laman Facebook.

"Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan. Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga," katanya.

Difahamkan, suami Nadya yang berasal dari Kelantan itu mengusahakan kafe di Shah Alam selain bekerja sebagai model sambilan.




Sumber: Harian Metro
Foto: Nadya Syahera IG



         ________________________





No comments: