28 November 2016

RAHSIA SHARIFAH SAKINAH KINI SEDANG HAMIL BOCOR?



Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah menafikan dakwaan dirinya hamil selepas status yang dimuatnaik oleh kakaknya, Sharifah Shahirah di laman Instagram. Jelas Sakinah, kakaknya hanya bergurau sahaja.

Namun terkini, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya hasil perkahwinannya dengan juruterbang Aliff Adha.





Sebenarnya hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui tentang berita gembira tersebut kerana Sakinah masih berahsia mengenainya. Khabarnya Sakinah kini lebih banyak berehat dirumah demi menjaga kandungannya itu.

Sebelum ini Sakinah pernah keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya. Pada waktu itu Sakinah tidak mengetahui bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang.

Jika berita kali ini benar, kami mengucapkan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami. Semoga ibu dan kandungan berada didalam keadaan baik-baik sahaja. Kita nantikan tuan empunya badan mengumumkan berita gembira ini nanti.


Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: