28 November 2016

NORA ARIFFIN GAGAL KE FINAL GV3



Konset separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berlangsung malam semalam telah menyaksikan enam peserta iaitu Azharina, Zarul Umbrella, Intan Sarafina, Ameng Spring, Gmie Screen dan Siti Sarah bakal berentap di peringkat akhir program tersebut.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu 'Lagu Untukmu' dan gabungan 'Sandiwara' dan 'All I Ask' pada malam separuh akhir itu selepas dia mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan.





Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Selain Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, separuh akhir GV3 turut diadili oleh Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai juri jemputan.




Sumber: mStar
Foto: mStar & Dato Seri Vida IG



         ________________________





No comments: