07 November 2016

SUAMI TERKEJUT - DIANA DANIELLE AKUI TERLALU IKUT EMOSI



Pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil dilihat cukup bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang comel. Namun, kehadiran Diana bersama seorang peguam di Mahkamah Rendah Syariah sekitar minggu lepas mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status rumah tangga mereka.

Menerusi ruangan Hip di akhbar Berita Harian, Diana akui mempunyai masalah rumah tangga dan sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina. Tindakan nekad Diana ke Mahkamah Syariah turut membuatkan suaminya terkejut.





Menurut luahan Diana kepada BH Plus, dia mengakui bahawa terlalu mengikut emosi selain menjelaskan bahawa mereka saling memendam perasaan. Malah Diana juga mengakui bahawa tindakan drastiknya ke Mahkamah Syariah bukanlah perkara yang tepat.

Selain itu tambah Diana, Farid sememangnya tidak setuju untuk bercerai dan setelah bersemuka, barulah mereka mengetahui bahawa dia dan suami sama sama melakukan kesilapan. Diana pun banyak memendam rasa, Farid pun turut memendam rasa.

"Saya terlalu mengikut emosi dan perasaan marah ketika membuat keputusan itu. Rumah tangga mana yang tidak bergelora? Saya akui perkahwinan kami dilanda badai, tetapi masih boleh diselamatkan. Selama ini saya terlalu banyak memendam rasa dan apabila tidak lagi tertanggung, ia meletus.



"Tindakan saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlebih dahulu berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka tanpa menyedari, saya juga pernah melukakan hati suami.

"Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi maran buat Farid yang tidak pernah menyangka, saya berani bertindak sejauh itu.

"Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga," jelas Diana.



Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Diana walaubagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila semuanya sudah selesai selepas beliau dan Farid masing-masing duduk berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

"Biasalah lelaki, tanggungjawab terhadap anak-anak kadangkala dilepaskan sepenuhnya ke bahu isteri. Saya tidak fikir, suami juga bekerja keras menyara keluarga.. Tidak adil untuk saya letakkan 100 peratus kesalahan di atas bahunya. Apabila jadi begini, saya sedar ini yang dikatakan dugaan berumah tangga.

"Saya tahu Farid sayangkan saya dan rumah tangga kami. Begitu juga saya. Jika ditakdirkan kami berpisah, saya tidak fikir saya akan berkahwin lain. Saya juga 'cinta mati' kepada Farid. Saya harap jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat," katanya.

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. Harap Diana dan Farid bersabar dalam setiap dugaan di dalam rumah tangga dan tidak mudah mengalah.


Sumber: BH Plus
Foto: Diana Danielle IG


         ________________________





No comments: