07 November 2016

4 FOTO & 5 VIDEO - GV3 TIADA PENYINGKIRAN, ELLY MAZLEIN TARIK DIRI



Malam semalam Elly Mazlein telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert keeempat Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3). Bukan hanya penonton yang terkejut, malah wajah juri dan pengacara GV3 turut kelihatan terkejut apabila Elly diumumkan tersingkir.

Namun tahukah anda bahawa pada konsert tersebut sebenarnya tiada penyingkiran tetapi penyanyi dan pelakon ini yang menarik diri daripada GV3. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengacara program tersebut iaitu Jihan Muse.





Difahamkan, Elly membuat keputusan itu kerana dia terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS terhadap dirinya. Elly tidak mendapat markah rendah pada malam tersebut. Ayat yang membuatkan Elly terasa ialah "Tengoklah belas ehsan kami (juri) nanti macam mana".

Netizen juga tidak berpuas hati dengan perkara ini dan meminta pihak Astro untuk menyerap masuk Elly semula di dalam GV3.



Datuk Ramli MS juga turut menerima kecaman daripada netizen kerana menganggap komen beliau itu agak 'pedas' dan menjatuhkan maruah Elly.

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram penaja program ini, Dato Seri Vida telah memuatnaik beberapa video beliau bersama Elly yang tengah berbincang mengenai isu hangat ini.







TEMUBUAL DATO SERI VIDA DENGAN ELLY

VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
VIDEO 4
VIDEO 5


Sumber: Beautifulnara
Foto: Beautifulnara & Dato Seri Vida IG


         ________________________





No comments: