11 December 2016

16 GAMBAR - GITARIS HUJAN, AG COCO SELAMAT NIKAH



Pagi semalam, gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco telah selamat diijabkabulkan dengan Zuliana Eusoff atau Zue dengan sekali lafaz.

Pada majlis akad yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kelana Jaya itu menyaksikan pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. AG Coco turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan.

Difahamkan, AG dan Zue mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu. AG Coco menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan.





"Alhamdulillah, niat suci kami direstui dan terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami," kata AG yang mengakui mula tertarik untuk mendekati isterinya yang juga penyanyi daripada kumpulan duo, Hani & Zue ketika diberi tanggungjawab menggubah lagu 'Biar'.

AG berkata, keterbukaan Zue dalam menerima pendapat setiap kali mereka berbincang membangkitkan keserasian hingga membibitkan perasaan cinta.

"Kami semakin akrab sejak April lalu dan selepas tiga kali keluar bersama, saya dapat rasakan Zue memiliki kriteria yang dicari sebagai suri hati. Kami memiliki banyak persamaan, malah sering sependapat dalam banyak perkara.



"Memandangkan kita akan bersama pasangan sepanjang hayat, sudah semestinya saya mengimpikan dipertemukan dengan wanita yang boleh berbicara mengenai apa saja topik.

Selepas tiga kali pertemuan, saya meluahkan hasrat kepada Zue untuk menjalin hubungan serius dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. Kami tidak bercinta lama dan selepas mendapat keizinan, saya terus bertemu keluarganya untuk melamar," ujarnya.

Pasangan yang akan diraikan pada majlis resepsi di sebuah hotel di Subang Jaya pada 24 Disember ini merancang untuk mengerjakan umrah pada bulan depan selepas selesai acara bertandang di Kedah.




--- IKLAN ---







GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar























Sumber: Berita Harian
Foto: #agzuefinally



         ________________________





No comments: