11 December 2016

TAHNIAH - ADI 6IXTH SENSE BAKAL BERGELAR BAPA



"Alhamdulillah, tidak lama lagi kehidupan kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah apa jantina anak, memadai andai nanti dilahirkan sempurna dan sihat," ujar vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi atau nama penuhnya Adi Priyo Sambodo, 33, apabila isterinya, Natasyah Ahmad, 22, kini hamil tiga bulan.

Adi mengakui dirinya itu bersyukur kerana kehidupannya semakin teratur dan juga semakin sempurna sejak bertemu jodoh dengan wanita yang berasal dari Sabah itu, membuatkan dirinya tidak sabar menanti detik untuk menjadi bapa.





Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Jember, Jawa Timur, Indonesia sekali lagi diraikan pada majlis persandingan yang berlangsung di Dewan Pusat Komuniti, Taman Tun Dr Ismail malam kelmarin.

Adi yang juga dikenali sebagai komposer menggunakan nama samaran, Manusia Putih, berkata mereka sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi di ibu kota. Atas beberapa faktor, perancangan itu sering tertangguh terutama apabila isterinya disahkan hamil.

"Ketika bernikah dulu, saya dan isteri ingin terlebih dulu berkongsi hari bahagia kami di sini. Tetapi, semua itu hanya perancangan apabila takdir menentukan sebaliknya. Alhamdulillah, selepas setahun bersama, niat kami untuk meraikan saudara-mara dan teman rapat di sini menjadi kenyataan," katanya.




--- IKLAN ---




Dalam perkembangan lain, Adi berbangga apabila lagu ciptaan isterinya, Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah terpilih untuk mara ke kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) pada 22 Januari ini. Lagu itu menggunakan khidmat Iman Imran sebagai penulis lirik.

"Isteri saya adalah suri rumah sepenuh masa tetapi berbakat menghasilkan lagu sebagai mengisi masa lapang. Saya hanya membantu mencantikkan melodi yang dihasilkannya. Setakat ini, sudah lebih lima lagu yang kami hasilkan bersama.

"Selain Dayang, ada dua peserta Mentor turut menerima lagu ciptaannya iaitu Han dan Farish. Kejayaannya mara ke AJL 31 antara pencapaian terbaiknya setakat ini," kata Adi bangga.


Sumber & foto: Berita Harian



         ________________________





No comments: