18 December 2016

17 FOTO - SHIMA ANUAR SELAMAT BERTUNANG DENGAN DUDA ANAK DUA



Petang semalam, pelakon yang dikenali selepas membintangi filem 'Highland Tower', Shima Anuar atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 26, telah selamat mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 40, pada majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya.

Shima berkata, sikap bertanggungjawab dan keperibadian Mohd Solih membuka hatinya untuk menerima lamaran biarpun hanya mengenali bakal suaminya itu sejak Jun lalu.

"Tempoh perkenalan yang singkat tidak menjadi isu kerana kami cepat serasi. Beliau sangat menghormati saya sebagai wanita, malah hubungannya dengan keluarga saya juga sangat baik.





"Sikap bertanggungjawab bakal suami antara faktor saya menerima lamarannya. Biarpun berbeza bidang, Mohd Solih sentiasa memberikan sokongan dan memahami kerjaya saya," kata Shima.

Akui bintang filem '7 Petala Cinta' itu, status Mohd Solih sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata juga bukan masalah, sebaliknya menerima kehadiran anak lelaki itu seperti darah daging sendiri.

Pada majlis berkenaan, Shima yang bakal bernikah pada bulan April depan itu telah menerima lima dulang hantaran berupa manisan dan alat kelengkapan diri manakala pihak lelaki membalas dengan tujuh dulang.






--- IKLAN ---







GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar

























Sumber: Berita Harian
Foto: Shima Anuar IG, @kakitembak_fotografi & @kakifoto_



         ________________________





No comments: