17 December 2016

MENINGGAL DUNIA - BAPA AZRI AF9 SELAMAT DIKEBUMIKAN



Takziah kami ucapkan kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9, Azri Abdullah atas pemergian bapanya, Abdullah Mohamad, 69, yang meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang jam 6 pagi semalam.

Azri ketika dihubungi berkata, bapanya yang sebelum ini menghidap Alzheimer mula mengalami batuk teruk sejak dua minggu lalu.





"Selepas melihat arwah mengalami batuk berterusan, kami sekeluarga membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan paru-parunya juga terkena jangkitan," katanya.

Menurutnya, selepas seminggu keadaan bapanya semakin pulih, namun kembali teruk selepas dua hari pulang ke rumah.



"Dua hari selepas dia dibawa pulang ke rumah, keadaannya semakin teruk dan dia tak boleh menelan sebarang makanan. Jika diberi susu pun, dia akan muntahkannya semula.

"Selepas itu, dia mula sesak nafas dan dikejarkan semula ke hospital. Dia kemudian diberikan alat bantuan pernafasan sebelum keadaannya semakin kritikal," jelasnya.

Jenazah bapa Azri telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat semalam.


--- IKLAN ---





Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram Azri AF9



         ________________________





No comments: