25 December 2016

3 GAMBAR TERKINI ANAK KEDUA ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ



Gambar-gambar terkini anak kedua kepada pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang lahir pada 26 September lalu.

Sehingga kini, pasangan sama cantik sama padan ini belum lagi mendedahkan wajah penuh kedua mereka.

Menerusi komen di laman Instagram Almy, kami difahamkan bahawa nama anak kedua mereka ini adalah Aurora. Jika benar anak kedua Almy dan Fizz ini Aurora, sedap nama ini.





"Ini kejadian semalam... pengorbanan seorang mama.. kena dukung 2 orang anak dalam 1 masa.. sorang 12 kilo (1 tahun 10 bulan) sorang 6 kilo(2 bulan setengah) memang pecah peluh.... apa-apa pun mama tetap bangga jadi seorang mama dapat spentime dengan anak-anak, dapat tengok anak membesar depan mata," ujar Almy di IG.

Anak sulung kepada Almy dan Fizz ini bernama Nur Afrina Arianna yang kini berusia setahun. Dalam pada itu, pasangan ini juga mempunyai anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 7 tahun.




Foto: Almy Nadia IG & Fizz Fairuz IG



         ________________________





No comments: