26 December 2016

HAFIDZ ROSHDI SAHKAN BAKAL BERGELAR AYAH



Tahniah diucapkan kepada pelakon yang cukup popular dengan drama rantaian 'Tundukkan Playboy Itu', Hafidz Roshdi yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 22, disahkan hamil.

Bagaimanapun, Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 22, tidak bersedia memperincikan tentang kehamilan tersebut kerana belum mendapat pengesahan daripada doktor.





"Ya, isteri memang sudah hamil kerana sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma­nya, saya belum mempunyai ke­sempatan untuk membawanya berjumpa doktor.

"Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang," jelas Hafidz.




Sumber: Kosmo
Foto: Hafidz Roshdi IG



         ________________________





No comments: