26 December 2016

"TIDAK BENAR" - JULIANA EVANS JAWAB ISU BAKAL KAHWIN TAHUN DEPAN



Beberapa hari lalu, sebuah portal melaporkan pelakon Juliana Evans bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan kerabat diraja Selangor yang dikenali sebagai Tengku A pada tahun depan.

Malah Juliana juga dikatakan tidak ingin mengikat tali pertunangan dan terus bernikah. Laporan itu juga mengatakan pasangan ini telah pun mengedar kain pasang untuk kedua-dua keluarga lelaki dan perempuan bagi tujuan majlis perkahwinan.





Bagaimanpun, Juliana telah tampil menafikan dan berkata yang beliau terkejut dengan dakwaan yang tersebar. Jelas Juliana lagi, jika beliau ingin berkahwin dalam masa terdekat ini pasti akan memaklumkan kepada orang ramai mengenainya dan tidak perlu berselindung dengan berita tersebut.

"Saya terkejut apabila cerita ini keluar. Sejujurnya, saya tidak ada membuat sebarang persiapan perkahwinan bahkan tentang kain pasang itu juga adalah tidak benar sebab saya tidak ada memilih apa-apa kain untuk majlis perkahwinan.

"Semua cerita tersebut tidak benar. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut. Sudah tentu saya ingin mengikat tali pertunangan dulu dengan pasangan," jelasnya.




Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...