10 December 2016

6 GAMBAR - AZHARINA, BAHAGIA BERSAMA ANAK ANGKAT



Masihkah anda ingat dengan ayat yang diucapkan oleh Azharina ketika menjuarai Gegar Vaganza musim ketiga minggu lalu? Ucap Azharina sambil mengalirkan air mata, "Alhamdulillah... ini rezeki anak saya."

Meskipun semenjak bergelar juara jadualnya makin padat, namun Azharina yang lebih mesra dengan panggilan Nina tetap mengutamakan anak angkatnya.

"Syukor To Allah Taala for Your blessing in Mumy Life. Without you my world wouldnt be complete," ujar Nina kepada anaknya yang digelar King Rahmat.





Untuk info, Nina pernah berkahwin secara senyap-senyap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ketika usianya belasan tahun (sekitar tahun 2000).

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila dia berpisah dengan suaminya Datuk Sukri pada Februari 2008 tanpa cahaya mata.




--- IKLAN ---




Selanjutnya, Nina akhirnya telah mengambil seorang anak angkat bagi mengubat kekosongan hatinya. Tambah-tambah, karier nyanyiannya ketika itu agak suram hingga namanya tenggelam daripada industri seni.

"Sebenarnya Rahmat merupakan anak angkat saya yang juga merupakan anak kepada sepupu saya dan alhamdulillah sejak kehadirannya saya bahagia dan gembira.

"Pada tahun pertama saya agak kekok jugalah menjaganya namun lama-kelamaan saya sudah biasa," ujarnya yang hingga kini masih selesa hidup solo.

KLIK GAMBAR UNTUK SIZE BESAR







Sumber: MH - Foto Nina IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...