12 December 2016

6 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG, UMMI NAZEERA BAKAL KAHWIN



Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera, 26, kerana telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I, berusia 29 tahun.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Ummi menerusi laman Instagramnya.





"Assalamualaikum .. memandangkan ramai yang sudah bertanya .. di sini ummi ingin berkongsi bersama rakan rakan media, sahabat sahabat dan penyokong yang dikasihi.. bahawa Alhamdulillah harini.. ummi sudah selamat bertunang.. hihihi #mogadiiringrestuIlahi doakan yang baik baik yaaa..," kata Ummi sambil muatnaik gambar-gambar sekitar pertunangannya di IGnya.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang semalam itu dihadiri seramai 100 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat kedua belah pihak itu berjalan dengan lancar.



Dalam pada itu, Ummi dilihat sering muatnaik gambar menunjukan beliau sedang membuat persiapan perkahwinan. Bukan hanya gambar, video juga dimuatnaik dimana keluarganya melakukan sesi latihan untuk akad nikah nanti.

Di ruangan komen media sosial Ummi juga sudah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat yang gembira dengan perkahwinan beliau.

Difahamkan, pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.




--- IKLAN ---









Sumber: Ummi Nazeera IG & Astro Gempak
Foto: Ummi Nazeera IG


         ________________________





No comments: