09 December 2016

BEBAS: PERLU MASA, AIDIL AZIZ INGIN BERSAMA KELUARGA



Pelakon Aidil Aziz yang terlepas daripada hukuman tali gantung serta dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 semalam itu mahu menikmati saat-saat didampingi ahli keluarganya sementelah lebih dua bulan berada dalam tahanan reman atas dakwaan memiliki 465 gram dadah jenis ganja.

Oleh yang demikian, Aidil memohon agar diberikan sedikit waktu sebelum tampil memberi sebarang kenyataan media.





"Alhamdulillah saya sihat walafiat dan amat bersyukur apabila dibebaskan. Bagaimanapun beri saya masa untuk menjawab soalan-soalan wartawan atau berkongsi pengalaman," ujarnya yang akan terus berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun.

Kata Aidil lagi, dalam tempoh terdekat selepas dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, barulah dia akan memikirkan langkah seterusnya, tetapi buat masa sekarang, dia mahu berehat.


--- IKLAN ---





Sumber: Utusan
Foto: kam2u IG


         ________________________





No comments: