30 December 2016

BYE-BYE AWAN BIRU - ZARUL UMBRELLA SAH LETAK JAWATAN



Selepas 17 tahun berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS), penyanyi Zarul Umbrella akhirnya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan tersebut untuk fokus kepada bidang nyanyian, setelah populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.

"Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.





"Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga. Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini," jelasnya.

Zarul atau nama penuhnya, Zairulkefli Husin itu berkata yang dia sudah menghantar e-mel rasmi kepada pihak pengurusan Malaysia Airlines.

"Mereka ada menelefon bertanya mengenai keputusan saya untuk berhenti. Cuma saya belum sempat menandatangani surat rasmi lagi," katanya.




--- IKLAN ---




Menurut Zarul, beliau selepas ini harus bijak merencana kehidupan dan masa depannya kerana sudah tidak bergaji tetap.

"Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.

"Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan," katanya.

Kami harap keputusan yang dilakukan oleh Zarul adalah yang terbaik buat dirinya.


Sumber: Berita Harian
Foto: Zarul Umbrella IG



         ________________________





No comments: