17 December 2016

FEBRUARI 2017: RUNNING MAN BERAKHIR - JI HYO & JONG KOOK KEKAL BERSAMA



Setelah tujuh tahun rancangan variasi popular Korea, Running Man bersiaran, akhirnya secara rasminya akan berakhir pada Februari 2017.

Ini kerana selepas isu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook ditendang daripada Running Man, satu mesyuarat tergempar telah diadakan semalam antara pihak produksi dan beberapa bintang Running Man yang masih kekal. Perbincangan itu membawa kepada satu berita sedih buat peminat Running Man.





Sekarang, SBS telah mengesahkan bahawa Running Man sememangnya akan ditutup dan tidak akan ke udara lagi bermula Februari 2017. Manakala, sebelum ini perbincangan akan mengadakan Running Man Musim 2 itu telah secara rasmi dibatalkan.

Berikut kenyataan rasmi SBS:-

"Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications. After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017.

"However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook."



Meskipun ditendang keluar daripada rancangan tersebut, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo tetap ingin menjayakan episod akhir Running Man dan mengetepikan segala apa yang berlaku buat seketika semata-mata mengenangkan segala persahabatan yang terjalin sepanjang tujuh tahun di dalam Running Man dan mahu meninggalkan memori indah buat peserta dan peminat rancangan itu.

Agak sedih juga apabila rancangan yang agak best seperti Running Man akan berakhir. Tentu banyak memori indah dan gelagat mereka yang menyentuh hati peminat.




--- IKLAN ---





Sumber: Koreaboo



         ________________________





No comments: