02 December 2016

HAZIQ HOT FM BAKAL TIMANG CAHAYA MATA



Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 26, yang bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi apabila isterinya, Ayunda Putri Mekarsari kini hamil empat bulan setengah.

Haziq yang berkongsi berita gembira itu meluahkan rasa syukur kerana sepanjang awal kandungan hingga memasuki trimester kedua isterinya tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya mempunyai tabiat pelik iaitu gemar memakai baju Haziq.





"Alhamdulillah, kandungan Putri sudah hampir mencecah lima bulan. Tiada banyak perbezaan seperti sebelum hamil kerana Putri tidak mengalami alahan teruk, cuma perangainya saja sedikit berbeza.

"Saya perasan sikapnya kadang kala seperti saya, begitu juga dalam pemilihan makanan. Putri bukan saja suka pakai baju saya kerala kerana katanya lebih selesa, malah seleranya berubah kepada masakan pedas yang juga kegemaran saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Pengacara program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) itu berkata, sejak Putri disahkan hamil, masanya lebih banyak diluangkan dengan isteri tercinta sekali gus membantu serba sedikit urusan rumah tangga.

Haziq berkata, diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata pada usia muda adalah impian mereka berdua dan berharap anugerah diberikan Tuhan itu menjadikannya lebih matang dalam menempuh kehidupan.

Terdahulu, penyampai radio segmen pagi terbabit mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga wanita kelahiran Medan, Indonesia, pada 15 Julai lalu.






Sumber: Berita Harian
Foto: Haziq Hot FM IG & Ayunda Putri IG



         ________________________





No comments: