26 December 2016

ISTERI KEDUA DIDAKWA KEGUGURAN - RUMAH TANGGA ADI PUTRA BERGOLAK?



Sebelum ini, Adi Putra memberitahu bahawa beliau sudah berdebar menanti kelahiran anaknya nanti hasil perkahwinan dengan Norshahida.

Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ada satu khabar angin mengatakan isteri kedua Adi itu sebenarnya keguguran ketika usia kandungan beliau mencecah lima minggu. Walaubagaimanapun, perkara ini dirahsiakan sedangkan keguguran itu berlaku beberapa bulan lalu.





Menurut sumber berkenaan kepada Raja Mawar menerusi sebuah ruangan di BiPop, rumah tangga Adi dan Norshahida juga sedang bergolak tetapi tidak pasti apakah punca utama masalah mereka berdua.

Jika berita ini benar, kami harap Adi dan Norshahida dapat menempuhi ujian di dalam rumah tangga mereka dengan tabah. Soal jodoh dan zuriat semuanya terletak di tangan Allah. Harapnya tuan empunya badan dapat tampil untuk menjelaskan perkara sebenar juga agar tiada spekulasi liar yang tercetus.


Sumber: BiPop BH & Beautifulnara



         ________________________





No comments: