27 December 2016

TAHUN DEPAN - SITI NURHALIZA BAKAL TIMANG CUCU LAGI



Tahniah diucapkan buat Datuk Siti Nurhaliza yang bakal menimang cucu lagi apabila Tya Ariffin iaitu isteri kepada anak tirinya Asyraf Khalid kini sedang hamil anak sulung.

Kedatangan tahun 2017 bakal memberi kegembiraan berganda buat pasangan ini kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.





Asyraf, 24, berkata, usia kandungan isterinya, Tya Ariffin yang merupakan pelakon berasal dari Indonesia sudah memasuki bulan ketujuh.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan isteri dan kan­dungan berada dalam keadaan baik. Oleh kerana ini merupakan kali pertama saya dan Tya bakal menimang anak, jadi perasaan kami bercampur-baur.

"Sudah tentu kami rasa teruja kerana kehadiran bayi sulung akan menyerikan keluarga kami. Namun pada masa sama saya berdebar dan berharap proses kelahiran bayi kami akan berjalan lancar," ujar Asyraf dipetik sebagai berkata.


Sumber: Kosmo
Foto: Asyraf Khalid IG & Tya Ariffin IG



         ________________________





No comments: