27 December 2016

5 GAMBAR - DOTTIE SELAMAT NIKAH



Pada 25 Disember, pelakon drama 'Si Montel', Nor Syuhaida Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Dottie, 28, telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Mohd Haffis Abu Hassan, 27.

Pasangan itu dinikahkan adik Dottie, Mohd Safuan Abd Razak dengan sekali lafaz sambil disaksikan keluarga dan rakan-rakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.





"Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana majlis semalam berjalan lancar, berkat doa serta restu kedua-dua belah pihak kami sah bergelar suami isteri,' kata Dottie sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan jejaka berasal dari Banting, Selangor itu pada April lalu.

Dottie yang juga popular menerusi filem 'Hantu Bonceng' itu bagaimanapun merahsiakan jumlah hantaran dan mas kahwin. Manakala dulang hantaran, masing-masing berbalas tiga.

Pasangan itu mula berkenalan sejak Jun tahun lalu di laman sosial Facebook.



Menurut Dottie, Mohd Haffis memenuhi kriteria lelaki idamannya.

"Lama kami berkawan sebelum serius bercinta dan mengikat tali pertunangan. Keperibadiannya yang merendah diri dan pandai mengambil hati keluarga membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai suami," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dottie dan suaminya akan diraikan dalam majlis persandingan di Banting pada pada 7 Januari depan.






Sumber: Harian Metro
Foto: Harian Metro, pyrozyro fotografia, haelhusaini & iswanismail88



         ________________________





No comments: