13 December 2016

ISTERI SELAMAT BERSALIN - NAS-T TIMANG 'BABY GIRL'



Pada hari penuh keberkatan sempena Maulidur Rasul ini, Nas-T dan isterinya, Atita Haris telah menimang cahaya mata perempuan yang selamat dilahirkan kira-kira jam 12.08 tengahari semalam.

Tidak seperti sesetengah selebriti lain memilih untuk menutup separuh wajah anak mereka, Nas-T dan isterinya begitu terbuka mendedahkan wajah penuh bayi perempuan mereka. Bukan hanya gambar wajah anak, pasangan ini juga turut memberithu nama anak mereka, Nas Taliyah.





Rata-rata peminat sangat gembira dengan kelahiran bayi ini. Ruangan komen pelakon ini juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat kesayangan mereka yang teruja dengan berita ini.

Untuk rekod, Nas-T mendirikan rumah tangga dengan Atita pada awal Januari lalu. Atita mempunyai seorang anak perempuan bernama Sofia hasil perkahwinan terdahulu.

Tahniah diucapkan dan semoga kelahiran ini dapat menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan rumah tangga.






--- IKLAN ---











Foto: Nas-T IG & Atita Haris IG


         ________________________





No comments: