12 December 2016

MENINGGAL DUNIA - PELAKON VETERAN, ZAKARIA YUSOF SELAMAT DIKEBUMIKAN



Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, yang meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.

Difahamkan, Allahyarham Zakaria meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.





Anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan bapanya mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Allahyarham Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak.

Al-Fatihah




--- IKLAN ---




Sumber: mStar
Foto: mStar & Berita Harian



         ________________________





No comments: