19 December 2016

KERAP KEGUGURAN - JUE AZIZ DEDAH DIRINYA TERKENA GANGGUAN MISTIK



Pelakon Jue Aziz yang belum mempunyai anak telah mendedahkan bahawa dirinya itu mengalami gangguan mistik dan ia adalah punca beliau sukar untuk mendapatkan zuriat kerana kerap gugur iaitu tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.

Boleh dikatakan, keguguran yang Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, alami agak rapat juga jaraknya.





"Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran," dedah Jue.

Namun, sebelum ini Jue pernah memberitahu beliau redha dengan apa yang terjadi dan tetap tidak berputus asa untuk hamil lagi.

Mungkin juga ia perbuatan khianat dan tidak puas hati seseorang. Kmai harap Jue tabah dengan dugaan ini.

Untuk rekod, Jue yang mempunyai anak angkat yang berusia empat tahun itu berkahwin dengan Bayu pada 9 Mac 2014 di kampung halaman suaminya di Makassar, Indonesia.




--- IKLAN ---





Sumber: MMO
Foto: Jue Aziz IG



         ________________________





No comments: