20 December 2016

8 FOTO - MAJLIS PERKAHWINAN SHEILA ABDULL & PEMAIN GITAR DRAMA BAND



"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Kami berharap dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan sebaik mungkin. Insya-Allah," kata penyanyi Sheila Abdull, 28, yang telah selamat bergelar isteri kepada pemain gitar Drama Band, Ammar Habir, 27, semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Abdullah Abdul Rahman, di hadapan jurunikah, Ustaz Abu Bakar Watak, dalam majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat, Tampoi.





Dalam majlis akad nikah yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu menyaksikan pemilik nama sebenar Nursheila Abdullah menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 berserta lima dulang hantaran daripada Ammar.

Dalam perkembangan terkini, selain nyanyian, Sheila kini turut terikat dengan kerja sebagai pramugari bersama sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Tambah wanita yang dikenali dengan lagu 'Pengkhianat Cinta' ini, apabila dia ada kelapangan, undangan nyanyian tetap diterimanya.



"Nyanyian tetap takkan dilupakan walaupun kini saya sudah mempunyai pekerjaan lain," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai perkenalannya dengan suami, kedua-duanya mula rapat dua tahun lalu selepas bekerjasama dalam projek single penyanyi terbabit.

"Kebetulan, kami pernah bekerjasama dalam sebuah projek single saya. Ia perhubungan yang berlangsung dengan pantas. Selepas setahun berkenalan, kami bertunang pada 20 Disember tahun lalu dan Alhamdulillah, jodoh kami panjang," katanya.

Beberapa jam selepas majlis pernikahan selesai, pasangan ini telah diraikan dalam satu majlis resepsi.






--- IKLAN ---











Sumber: Berita Harian
Foto: Sheila Abdull IG, @indipixels, @dramabandmy, @sharinarosdei & @misskamin



         ________________________





No comments: