20 December 2016

AL-FATIHAH - BAPA JASMIN HAMID KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada pelakon, Jasmin Hamid dan ahli keluarganya yang telah kehilangan bapa tercinta kelmarin. Berita sedih ini dimaklumkan oleh Jasmin di laman Instagramnya.

"As Salam... Tanggal 18 Dec 2016 jam 11am, BABA telah di panggil pulang oleh penciptaNYA. Sekali lagi kami sekeluarga kehilangan orang tua kami. BABA mula jatuh sakit selepas pemergian MAMA tercinta kami pada bulan 26 MEI 2016.

"Saya sekeluarga bersyukur pada Allah kerana BABA pergi dengan mudah dan tenang.. Kami redha dengan ketentuan Allah kerana memanggil pulang kedua ibubapa kami dalam tahun yang sama 2016..





"Terima kasih kepada sanak saudara, kenalan yang datang menziarah dan pada yang menghulurkan Salam Takziah pada kami. Terima kasih juga kepada Doktor dan para jururawat hospital IPR yang sabar merawat BABA.. Terima kasih kepada pihak Masjid Al -Falaq dan Tanah perkuburan USJ 22 yang menguruskan jenazah BABA.

"Saya sebagai anak sulung, mohon maafkan segala kesalahan BABA, halalkan makan minum BABA. Jika BABA ada berhutang dengan sesiapa, sila beritahu saya dan minta beri saya masa untuk selesaikannya agar BABA tenang di sana...aamiin," maklum Jasmin di laman IGnya

Dalam pada itu, perkhabaran pahit turut itu dilaporkan oleh rakan Jasmin, Kuna Muzani yang juga seorang pelakon menerusi ruangan Facebooknya




--- IKLAN ---




"Takziah buat Jasmin Hamid di atas pemergian ayahanda tercinta semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Innalillahiwainnalillahirajiun," tulisnya.

Pada masa yang sama juga ada ahli keluarga yang berada di luar negara turut menitipkan doa dan semangat kepada Jasmin melalui ruang komen di akaun Facebooknya.

Sama-samalah kita semua mendoakan agar arwah bapa aktres itu bersemadi bersama golongan orang-orang yang beriman dan segala urusan jenazah berjalan lancar.


Sumber: Media Hiburan, Jasmin Hamid IG & Kuna Muzani FB
Foto: Jasmin Hamid IG & Kuna Muzani FB



         ________________________





No comments: