31 December 2016

SEBELUM AJL 31 - HAZAMA & KEKASIH BAKAL NIKAH



Tidak mahu terus diajukan soalan yang sama iaitu berkenaan perkahwinannya, penyanyi Hazama, 32, membayangkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Genervie Kam sebelum Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang akan berlangsung pada 22 Januari depan.

Namun, penyanyi lagu 'Di Amaran Mama' itu belum mempunyai tarikh sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan.

Hazama sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bernikah bulan ini namun kerana kesibukan, perkahwinan tersebut ditunda pada bulan Januari 2017.





"Kami sudah sama-sama menghadiri kursus perkahwinan. Namun, kami belum ada tarikh yang sesuai untuk disatukan sebagai suami isteri.

"Saya hanya mahukan majlis pernikahan yang sederhana. Apa yang penting adalah melakukan perkara yang wajib dulu. Kami juga belum membuat persiapan disebabkan masing-masing sibuk," katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran runut bunyi filem 'Kanang Anak Langkau'.

Hazama berharap dengan pengumuman itu, peminat tidak lagi mengajukan soal perkahwinannya dengan Gen.

"Saya tidak mahu memberi tekanan kepada Gen, sebab itu kami tidak mahu terlalu menghebohkan berita ini. Saya juga sudah rimas apabila sering diajukan pertanyaan untuk berkahwin. Cuma saya berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang," jelasnya.


--- IKLAN ---





Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: