31 December 2016

10 GAMBAR - ADEL AF SELAMAT NIKAH AHLI PERNIAGAAN



Bekas bintang Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel telah selamat bernikah semalam dengan ahli perniargaan, Muhammad Affan Jumahat atau dikenali sebagai Affan, sekaligus menamatkan kontroversi yang membelenggu dirinya berkaitan hubungan cinta dengan Affan yang juga duda anak tiga.

Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah, 23, selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 29 tahun itu pada jam 11 pagi di rumah keluarga pengantin lelaki di Taman Seri Gaya,.





Majlis pernikahan pasangan yang mula mengenali satu sama lain sejak setahun lalu dan mengikat pertunangan pada 3 Disember lalu, berlangsung dalam suasana sederhana dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Adel yang baru-baru ini tampil dengan single terbaru berjudul 'Beranilah', bersyukur kerana kini sudah menjadi isteri orang.

"Syukur semuanya berjalan lancar hari ini. Majlis persandingan kami akan berlangsung pada Ahad ini di sebuah lokasi di Tuaran," katanya.



Daalm pada itu, Adel berkata, setakat ini, dia dan suami belum memikirkan mengenai lokasi bulan madu kerana mahu memberi tumpuan terhadap majlis perkahwinan serta beberapa urusan lain.

Tambah penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu itu lagi, walaupun sudah menjadi isteri, suami tiada halangan untuk membenarkannya terus aktif dalam aktiviti seni.

"Saya juga merancang memulakan perniagaan dalam bidang percetakan di Kota Kinabalu, selain terus aktif dalam bidang nyanyian," jelasnya.

Majlis pernikahan pasangan itu turut dihadiri dua daripada tiga anak Affan berusia tiga dan lima tahun.






--- IKLAN ---















Sumber: Berita Harian
Foto: Adel AF2014 IG, 2MJ Combination Photography, anie_henna_artis & heartt_tony



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...