19 December 2016

SUDAH MERISIK - SHARNAAZ AHMAD NIKAHI NOOR NABILA TAHUN DEPAN



"Alhamdulillah selesai satu majlis bersama Noor Nabila, doakan kami setulus hati.. I lap u very strong," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan kekasih hatinya pada tahun depan apabila selesai majlis merisik Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa.

Maklum Sharnaaz, keluarganya telah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas sekitar jam 11 pagi semalam bertempat di kediaman pihak perempuan.

Katanya lagi, tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung dan mereka ingin terus mengadakan akad nikah sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.





"Pada majlis berkenaan, keluarga saya diwakili empat orang termasuk ibu bapa saya. Kami juga sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan.

"Insya-Allah, atas persetujuan bersama, kami berdua bakal disatukan sebagai suami isteri pada suku pertama tahun depan. Menurut perancangan juga, jika boleh kami akan mengadakan majlis kahwin sebelum ketibaan Ramadan dan Syawal. Jadi, dapatlah kami beraya sama sebagai suami isteri," jelas Sharnaaz.

Buat Sharnaaz, Noor Nabila mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dijadikan isteirnya selain memahami kerjaya beliau sebagai artis.



"Saya tidak menganggap dirinya sebagai figura yang sesuai dijadikan kekasih semata-mata, sebaliknya lebih kepada wanita yang memiliki kriteria menjadi isteri yang baik.

"Melihat caranya melayan saya dan bagaimana beliau mampu berdepan dengan pelbagai keadaan, saya yakin Nabila pilihan yang tepat. Beliau boleh menjaga saya dengan baik. Insya-Allah." ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, setiap perancangan yang baik InshaAllah akan dipermudahkan. Tahniah buat Sharnaaz dan bakal isterinya dan semoga hubungan kalian kekal buat selamanya.




--- IKLAN ---









Sumber: Berita Harian
Foto: Sharnaaz Ahmad IG, Noor Nabila IG & @littlemisskhan



         ________________________





No comments: