07 January 2017

13 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, AINAN TASNEEN KINI ISTERI JURUTERA



Pada jam 5.50 petang semalam, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Aku Suka Dia', Ainan Tasneen telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya seorang jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi dengan sekali lafaz.

Pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu menyaksikan penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan BioProses di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Ainan atau nama penuhnya Ainan Tasneem Ridzuan, 24, dan pasangannya kelihatan menawan dalam persalinan serba putih pada majlis pernikahan terbabit yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

Klik untuk gambar lain




Majlis resepsi yang dijangka dihadiri kira-kira 1,500 tetamu akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Ainan pernah menyuarakan keinginannya untuk bersara daripada dunia nyanyian selepas mendirikan rumah tangga. Begitupun, beliau tidak keberatan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.

"Saya nekad untuk berhenti menyanyi tetapi sedia menerima tawaran pengacaraan. Seandainya diberi peluang, saya masih berminat untuk menghasilkan lagu tetapi tidak akan sesekali kembali menyanyi," katanya.






--- IKLAN ---























Sumber: Berita Harian
Foto: Ainan Tasneen IG & The Photosymptom



         ________________________





No comments: